Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Terus Kekang Sindiket Edar Dadah Guna Khidmat Kurier

Diterbitkan: 25 Sep 2014 6.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Susulan sindiket kiriman dadah menggunakan perkhidmatan kurier yang semakin aktif kebelakangan ini, pihak polis telah mempergiatkan usaha dalam memastikan aktiviti ini dibanteras dan pada 13 September lalu, melalui Op Brotula yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kotak kiriman di sebuah premis perkhidmatan kurier di Komples Kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Selangor dan menjumpai 4.38 kilogram syabu yang disorokkan dalam beberapa beg tangan wanita di dalam kotak terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terus-kekang-sindiket-edar-dadah-guna-khidmat-kurier
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:47 MYT

Kuala Lumpur, 25 Sept – Susulan sindiket kiriman dadah menggunakan perkhidmatan kurier yang semakin aktif kebelakangan ini, pihak polis telah mempergiatkan usaha dalam memastikan aktiviti ini dibanteras dan pada 13 September lalu, melalui Op Brotula yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kotak kiriman di sebuah premis perkhidmatan kurier di Komples Kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Selangor dan menjumpai 4.38 kilogram syabu yang disorokkan dalam beberapa beg tangan wanita di dalam kotak terbabit.

Jumlah rampasan dadah dianggarkan bernilai RM876,000 dan siasatan masih diteruskan dalam mengenalpasti ahli sindiket yang terlibat.

Sebelum itu, di lokasi yang sama, pihak polis turut berjaya merampas 1.3 kg dadah syabu yang disorokkan di dalam dua buah alat pengurut kaki di mana hasil rampasan dianggarkan bernilai RM260,000.

Siasatan lanjut juga masih dijalankan bagi mengesan ahli-ahli sindiket yang terlibat.

ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2014 6.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM