Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Published: 12 Jun 2014 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dua sindiket pengedaran dan memproses dadah di dalam negara yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing berjaya dilumpuhkan ekoran daripada beberapa serbuan yang dijalankan di sekitar Lembah Kl..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-rm3-juta-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:33 MYT

Sindiket Dadah Rm3 Juta TumpasBukit Aman, 11 Feb – Dua sindiket pengedaran dan memproses dadah di dalam negara yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing berjaya dilumpuhkan ekoran daripada beberapa serbuan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang oleh Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak ia dilancarkan 30 Januari lalu.

Dalam serbuan yang dijalankan telah menahan 11 individu termasuk pasangan suami isteri dan warga asing serta turut merampas 26.8 kilogram (kg) dadah, 1,100 biji pil ekstasi, 4.6 kg serbuk ephedrine dan 7.9 kg serbuk kimia.

Selain itu, pihak polis turut berjaya membongkar dua buah makmal haram memproses dadah di Batu Caves dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman berkata, kejayaan ini merupakan kejayaan awal hasil daripada kerjasama STING dan JSJN dalam membendung sindiket-sindiket pengedaran dadah di negara ini.

Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 22 sehingga 42 tahun telah ditahan sehingga 14 hari dan disiasat di bawah Akta Imigresen dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan salah boleh membawa hukuman mati mandatori.

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas

ArticlePublished 12 Jun 2014 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM