Op Selamat 4 Pengguna Motosikal Kumpulan Paling Berisiko
Gombak,
5 Feb - Pengguna motosikal masih lagi merupakan penyumbang terbesar
kepada statistik kemalangan maut dengan jumlah 79 orang (58%) daripada
jumlah yang direkodkan iaitu 136 orang.
Menurut
YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam
Negeri, statistik yang membabitkan pengguna motosikal itu tidak berubah
walaupun pelbagai usaha dan kempen kesedaran dijalankan pihak berkuasa
untuk menyedarkan pengguna supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan
diri ketika berada di jalan raya.
Selain
itu, Op Selamat 4 2014 turut menyaksikan kemalangan melibatkan kereta
telah mencatatkan kadar yang tertinggi iaitu sebanyak 12,237 kes
(72.9%), diikuti motosikal sebanyak 1,998 kes (19%) dan pacuan empat
roda sebanyak 684 kes (4.1%).
"Setelah
12 hari dilaksanakan, operasi ini telah mencatatkan penurunan kadar
kemalangan maut sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama dalam Op
Selamat 2 pada 2013," ujarnya sempena Program Op Selamat 4 2014 di
Plaza Tol Gombak, hari ini.
Mengulas
berkenaan jenayah pecah rumah pula, beliau menjelaskan sejumlah 745
rumah telah dipecah masuk sepanjang tempoh (12 hari) ini, berbanding 807
rumah pada tahun sebelumnya, mencatatkan penurunan sebanyak 62 kes
(8%).
Turut
hadir, YDH Dato’ Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Polis Diraja Malaysia
(PDRM), YDH SAC Dato' Abdul Aziz Yusof, Ketua Trafik Pasukan,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Ketibaan YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

YDH
Dato’ Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid memberi taklimat mengenai laporan
semasa Op Selamat 4 kepada YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku
Jaafar.

YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempat beramah mesra bersama pengguna leburaya di Tol Gombak.

YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar turut memberi cenderahati kepada pemandu di Tol Gombak.

Sidang Media.