Bukit
Aman, 11 Feb – Dua sindiket pengedaran dan memproses dadah di dalam
negara yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing berjaya
dilumpuhkan ekoran daripada beberapa serbuan yang dijalankan di sekitar
Lembah Klang oleh Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) dan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak ia dilancarkan
30 Januari lalu.
Dalam
serbuan yang dijalankan telah menahan 11 individu termasuk pasangan
suami isteri dan warga asing serta turut merampas 26.8 kilogram (kg)
dadah, 1,100 biji pil ekstasi, 4.6 kg serbuk ephedrine dan 7.9 kg serbuk
kimia.
Selain
itu, pihak polis turut berjaya membongkar dua buah makmal haram
memproses dadah di Batu Caves dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Datuk
Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman berkata, kejayaan ini
merupakan kejayaan awal hasil daripada kerjasama STING dan JSJN dalam
membendung sindiket-sindiket pengedaran dadah di negara ini.
Kesemua
suspek berumur dalam lingkungan 22 sehingga 42 tahun telah ditahan
sehingga 14 hari dan disiasat di bawah Akta Imigresen dan Seksyen 39(B)
Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan salah boleh membawa
hukuman mati mandatori.








Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sindiket Dadah Rm3 Juta Tumpas
Dua sindiket pengedaran dan memproses dadah di dalam negara yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing berjaya dilumpuhkan ekoran daripada beberapa serbuan yang dijalankan di sekitar Lembah Kl..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-rm3-juta-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.