Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Dadah Rm 3 6j Warga Iran Tumpas

Diterbitkan: 16 Jun 2014 2.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
21 September 2010 - Bukit Aman. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pengedaran telah menumpaskan satu sindiket dadah jenis syabu yang bergiat aktif disekitar kawasan Lembah Klang...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-rm-3-6j-warga-iran-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:58 MYT

21 September 2010 - Bukit Aman. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah berjaya menumpaskan  satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang bergiat aktif di sekitar kawasan Lembah Klang.

Dengan tertangkapnya 9 ahli sindiket termasuk warga asing yang terdiri daripada 7 lelaki Iran dan 2 lelaki india, serta pembongkaran sebuah makmal haram memproses dadah. Polis berjaya merampas sebanyak 5.6 kg ketulan serbuk dan 8.9 kg cecair syabu serta peralatan dan bahan-bahan kimia untuk tujuan menghasilkan dadah.

Operasi bermula dengan serbuan ke atas dua buah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Petaling Jaya dan berjaya menangkap 2 lelaki india tempatan dan 2 lelaki warga Iran. Hasil pemeriksaan ke atas salah sebuah kereta yang ditahan, polis menjumpai 2 bungkusan plastik dadah syabu seberat 2.5 kg yang disembunyikan di dalam sebuah beg troli.

Dalam masa yang sama seramai 3 lelaki Iran telah ditangkap di dalam dua serbuan berasingan di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bersangkut dengan kes di atas dengan rampasan 25 gram syabu.

Tindakan susulan daripada tangkapan tersebut, polis telah menyerbu sebuah pangsapuri di Petaling Jaya yang dijadikan sebagai makmal haram memproses dadah dan berjaya menangkap 2 lelaki Iran serta merampas sebanyak 3.07 kg ketulan dan 8.9 kg cecair syabu, bahan-bahan kimia yang terdiri daripada 6.18 kg serbuk, 46,400 biji pil dan 6 botol cecair serta peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.

Kesemua ahli sindiket yang berumur antara 19 hingga 35 tahun itu telah ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 39(b) ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan. Dua lelaki india yang ditangkap masing-masing mempunyai rekod kesalahan dadah dan jenayah.

Polis telah menyita empat buah kereta iaitu Proton Wira, Honda dan dua buah lagi kereta jenis mewah iaitu Mercedez CLS350 dan Ferrari yang dianggarkan bernilai lebih kurang 1.5 juta disamping beberapa harta lain seperti wang tunai RM 5,303, USD 1,700, Rial Iran 100,000, EURO 35, tiga utas jam tangan berjenama, sebuah laptop, tiga buah komputer cpu, sebuah tv lcd serta pelbagai barangan kemas.

Dengan jumlah rampasan dadah jenis syabu tersebut yang mencecah harga pasaran sehingga RM 3.6 juta, Siasatan Jenayah Narkotik telah berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah di dalam negara dan kejayaan ini jelas membuktikan kesungguhan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik khususnya dan PDRM amnya dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah seterusnya memastikan misi dadah sifar tahun 2015 tercapai.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 2.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM