Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pgm Patahkan Cubaan Seludup 22 Ekor Lembu

Diterbitkan: 16 Jun 2014 2.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
TUMPAT 26 Sept. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor berjaya mematahkan cubaan dua penyeludup untuk membawa masuk 22 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM66,000 di Pengkalan Haram Mek La, K..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-patahkan-cubaan-seludup-22-ekor-lembu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:44 MYT

TUMPAT 26 Sept. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor berjaya mematahkan cubaan dua penyeludup untuk membawa masuk 22 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM66,000 di Pengkalan Haram Mek La, Kampungan Simpangan di sini, awal pagi ini.

Ketika serbuan pukul 4 pagi, dua lelaki yang dipercayai rakyat tempatan tersebut sedang membawa lembu daripada baka Brahman dan Kedah Kelantan (KK) itu.

Mereka bagaimanapun sempat melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota PGM.

Penolong Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Asisten Supritendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, sepasukan anggotanya terdiri daripada dua pegawai dan lima anggota sebelum itu membuat intipan di kawasan tersebut.

Menurutnya, kira-kira sejam setengah kemudian, pihaknya mengesan dua suspek terbabit sedang menarik tujuh ekor lembu dari tebing sungai di Pengkalan Haram Mek La, Simpangan ke kawasan Kampung Atas Kok yang jaraknya kira-kira 500 meter.

"Kita membuat serbuan namun kedua-dua lelaki tersebut berjaya melarikan diri. Hasil pemeriksaan menemui satu kawasan sawah tinggal dijadikan transit untuk menyimpan lembu tersebut.

"Pemeriksaan mendapati 10 ekor haiwan itu dipasang penanda berwarna hijau pada telinga dan empat lagi oren manakala lapan ekor lagi belum dipasang penanda," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Wan Ismail berkata, tindakan penyeludup itu bagaimanapun gagal mengelirukan pihak berkuasa berikutan warna penanda digunakan merujuk kepada ternakan kambing.

Katanya, pihaknya percaya, kawasan itu dijadikan persinggahan sementara sebelum lembu tersebut diangkut menggunakan lori untuk dibawa ke destinasi lain.

"Lembu tersebut dipercayai diseludup untuk pasaran luar Kelantan dan penyeludup kini giat membawa masuk haiwan ternakan untuk menampung keperluan sempena Hari Raya Aidiladha nanti.

"Ini adalah rampasan ketiga tahun ini melibatkan haiwan ternakan dan semua lembu dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, PGM Pengkalan Kubor turut merampas enam tong petrol yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan sebuah bot dalam kejadian pukul 9.30 pagi di Pengkalan Haram Jaki, Kampung Nibong dekat sini.

Wan Ismail berkata, setiap tong diisi dengan 30 liter petrol serta dianggarkan bernilai RM333 dan pihaknya turut merampas bot tersebut bernilai RM1,500.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 2.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM