Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Curi Motor Di Masjid Tumpas Tujuh Suspek Diberkas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.49 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Tumpat - Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal selepas menahan tujuh lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar kawasan Chabang Empat dan Wakaf Bharu di sini baru-baru ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-motor-di-masjid-tumpas-tujuh-suspek-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:57 MYT

Tumpat - Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal selepas menahan tujuh lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar kawasan Chabang Empat dan Wakaf Bharu di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, SUPT Zaharudin Rasip berkata, sindiket itu menyasarkan kawasan masjid sebagai tempat menjalankan kegiatan mereka dan memilih waktu solat Maghrib dan Subuh untuk mencuri.

Tujuh lelaki tersebut yang berusia antara 16 tahun hingga 31 tahun ditangkap pada Selasa dan kelmarin.

Mereka kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber : Utusan Malaysia

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.49 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM