Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu sindiket curi kereta terbesar yang dikenali 'Geng Black Water' tumpas di dalam satu serbuan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah bahagian Risikan Dan Operasi (D4) Bukit Aman dan Ibu Pejabat ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-kereta-terbesar-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:10 MYT
Klang - 30 Jun 2011
 
Satu sindiket curi kereta terbesar yang dikenali 'Geng Black Water' tumpas di dalam satu serbuan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan Dan Operasi (D4) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor. Serbuan ini telah membawa kepada penahanan empat suspek dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun. 
 
Serbuan di Kampung Black Water, Klang menghasilkan nilai rampasan sekitar 8 juta Ringgit Malaysia berupa 98 buah kereta mewah. Antara kereta yang dirampas adalah Toyota Hilux (22 buah), Toyota Rush (6 buah), Honda CRV (7 buah), Honda Accord (1 buah), Honda City (59 buah) dan Proton (1 buah). Kereta-kereta ini dipercayai akan diekspot ke Pulau Cyprus, Selatan Turki.
 
Sepanjang tempoh 6 Jun 2010 hingga serbuan pada kali ini, sindiket ini telah berjaya mengekspot keluar sebanyak 462 buah kereta mewah bernilai sekitar 49 juta Ringgit Malaysia ke beberapa buah destinasi di antaranya Dubai, Hong Kong dan Thailand.
 
Kejayaan terbesar sepanjang tempoh dua tahun ini, pihak polis percaya dapat menyelesaikan sebanyak 98 kes di sekitar Lembah Klang. Di samping itu, pihak polis turut menyiasat kemungkinan sindiket ini terlibat dengan kes-kes lain di seluruh negara. 
 
Pihak polis turut merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan maklumat yang telah disalurkan untuk bersama-sama membanteras jenayah.


Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas
YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama Pegawai Kanan Polis di Sidang Media. 


Antara Kenderaan Yang Berjaya Dirampas

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas 
Cara - cara kereta curi disimpan di dalam kontena untuk di eksport

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas
Antara beberapa kereta curi yang telah disimpan di dalam sebuah gudang 

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas
Kenderaan -kenderaan mewah yang dicuri telah siap sedia untuk dipasarkan ke negara jiran

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas
"Kreatif", cara penyusunan kenderaan di dalam kontena oleh sindikit

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas
Komponen kenderaan seperti tayar dicabut supaya mudah menyusun kenderaan tersebut di dalam kontena

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas
Pegawai polis sedang memeriksa kenderaan curi di lokasi kejadian

Sindiket Curi Kereta Terbesar Tumpas
YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menunjukkan beberapa kenderaan curi yang berjaya dirampas oleh pihak polis kepada wartawan yang hadir


Wartawan : L/Kpl Mohd Izwan bin Mohd Yusuf Chow
Jurufoto     : L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM