Sambutan Israk Mikraj Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Ampang
Jaya, 30 Jun - Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengadakan
majlis sambutan Israk Mikraj pada hari ini, bersamaan dengan 28 Rejab
1432H di Dewan Serbaguna IPD Ampang Jaya, Selangor.
Penceramah
jemputan, Yang Berbahagia Ustaz Amirin b. Bamin, Imam Masjid Al-Ubudiah
Taman Tasik Tambahan, Selangor, telah menceritakan kisah-kisah yang
telah disaksikan oleh Rasullah S.A.W. semasa melakukan Israk Mikraj dan
menghubungkaitkannya dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam masa
kini khasnya.
Turut Hadir dalam majlis Israk Mikraj, YDH ACP
Amiruddin b. Jamaluddin, KPD Ampang Jaya, YDH Supt. Md. Nazri b. Zawawi,
T/KPD Ampang Jaya, Pegawai- pegawai Kanan, anggota dan Pegawai Awam IPD
Ampang Jaya. Jawatankuasa Surau Al-Azmi berasa cukup puas hati dengan
sambutan dan penyertaan Pegawai, APR dan Pegawai Awam pada kali ini.

Pendaftaran ...

Ketibaan YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, KPD Ampang Jaya disambut oleh YDH Supt. Md. Nazri bin Zawawi, T/KPD Ampang Jaya....

Pegawai Kanan dan anggota yang turut serta di majlis berkenaan....

Pegawai Awam IPD Ampang Jaya tidak ketinggalan hadir sama....

Gambar
kenangan bersama Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama Penceramah
Jemputan Sambutan Israk Mikraj peringkat IPD Ampang Jaya, Selangor....
Sumber : Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA)
Cawangan Hal Ehwal Awam
IPD Ampang Jaya, Selangor