Klang - 30 Jun 2011
Satu sindiket curi kereta terbesar yang dikenali 'Geng Black Water'
tumpas di dalam satu serbuan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah
Bahagian Risikan Dan Operasi (D4) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen
Selangor. Serbuan ini telah membawa kepada penahanan empat suspek dalam
lingkungan usia 20 hingga 40 tahun.
Serbuan di Kampung Black Water,
Klang menghasilkan nilai rampasan sekitar 8 juta Ringgit Malaysia
berupa 98 buah kereta mewah. Antara kereta yang dirampas adalah Toyota Hilux (22 buah), Toyota Rush (6 buah), Honda CRV (7 buah), Honda Accord (1 buah), Honda City (59 buah) dan Proton (1 buah). Kereta-kereta ini dipercayai akan diekspot ke Pulau Cyprus, Selatan Turki.
Sepanjang tempoh 6 Jun 2010 hingga
serbuan pada kali ini, sindiket ini telah berjaya mengekspot keluar
sebanyak 462 buah kereta mewah bernilai sekitar 49 juta Ringgit Malaysia
ke beberapa buah destinasi di antaranya Dubai, Hong Kong dan Thailand.
Kejayaan terbesar sepanjang tempoh dua
tahun ini, pihak polis percaya dapat menyelesaikan sebanyak 98 kes di
sekitar Lembah Klang. Di samping itu, pihak polis turut menyiasat
kemungkinan sindiket ini terlibat dengan kes-kes lain di seluruh
negara.
Pihak polis turut merakamkan jutaan
terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan maklumat yang
telah disalurkan untuk bersama-sama membanteras jenayah.

YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama Pegawai Kanan Polis di Sidang Media.
Antara Kenderaan Yang Berjaya Dirampas
Cara - cara kereta curi disimpan di dalam kontena untuk di eksport

Antara beberapa kereta curi yang telah disimpan di dalam sebuah gudang
Kenderaan -kenderaan mewah yang dicuri telah siap sedia untuk dipasarkan ke negara jiran

"Kreatif", cara penyusunan kenderaan di dalam kontena oleh sindikit

Komponen kenderaan seperti tayar dicabut supaya mudah menyusun kenderaan tersebut di dalam kontena

Pegawai polis sedang memeriksa kenderaan curi di lokasi kejadian

YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menunjukkan beberapa kenderaan curi yang berjaya dirampas oleh pihak polis kepada wartawan yang hadir
Wartawan : L/Kpl Mohd Izwan bin Mohd Yusuf Chow
Jurufoto : L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo