Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas

Published: 17 Jun 2014 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Selain secara aktif melakukan kecurian kenderaan, kumpulan ini juga terlibat dalam jenayah rompakan dengan mensasarkan pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan pihak bank...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-kereta-mewah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:57 MYT

Kuala Lumpur, 24 April – Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket curi kereta mewah dengan rampasan lima buah kereta mewah yang disimpan di kawasan tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah di Sri Hartamas di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohmad bin Salleh berkata, kejayaan berkenaan adalah hasil operasi sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihaknya turut membuat tangkapan ke atas empat suspek berusia antara 22 hingga 40 tahun dalam operasi berkenaan dan kereta yang dirampas sebelum ini telah dilaporkan hilang atau disamun.

"Selain secara aktif melakukan kecurian kenderaan, kumpulan ini juga terlibat dalam jenayah rompakan dengan mensasarkan pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan pihak bank.

"Kegiatan curi kereta mewah dibuat agar membolehkan mereka menggunakan kereta mewah tersebut untuk melakukan rompakan melibatkan pelanggan-pelanggan bank yang selesai mengeluarkan wang di bank-bank dan juga untuk memudahkan melarikan diri jika terserempak dengan polis," katanya.

Katanya, pihaknya percaya penangkapan suspek berjaya menyelesaikan lima kes rompakan pelanggan bank yang berlaku sejak awal tahun ini dan juga lapan lagi kes kecurian kenderaan mewah.

Kesemua tangkapan akan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula hari ini untuk siasatan kerana mencuri kenderaan dan melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.

Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas
Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas
Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas
Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas
Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas
Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas
Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM