Polis Tahan 4 Individu Dipercayai Terlibat Kematian Seorang
Pihak
polis menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar institut kemahiran
bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang mati ditikam ketika
berjoging bersama anak perempuannya di Bukit Casing, Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Identiti kesemua suspek itu dikenal pasti selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.
Dalam
kejadian terbabit, mangsa, Ong Ai Sam, 52, yang sedang berjoging
bersama anaknya berusia 17 tahun, maut selepas ditikam dua suspek
menaiki motosikal jenis Honda EX5. Mangsa dipcrcayai cuba mempertahankan
anaknya yang sedang bergelut dengan suspek yang disyaki cuba melarikan
beg mereka.
Seorang
daripada suspek didapati mempunyai rekod 1ampau membabitkan
penyalahgunaan dadah. Suspek direman empat hari mulai semalam bagi
membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.
SUMBER : BERITA HARIAN
