Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Curi Kenderaan Tumpas 20140618

Published: 18 Jun 2014 12.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Kejayaan Polis Kontinjen Selangor menahan 10 individu termasuk dua wanita dalam beberapa siri serbuan yang berasingan di sekitar Sekinchan dan Sungai Besar Ogos lalu membawa kepada penemuan beberapa k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-kenderaan-tumpas-20140618
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:12 MYT

Kejayaan Polis Kontinjen Selangor menahan 10 individu termasuk dua wanita dalam beberapa siri serbuan yang berasingan di sekitar Sekinchan dan Sungai Besar Ogos lalu membawa kepada penemuan beberapa kenderaan yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang.

Ekoran daripada penahanan tersebut, pihak polis telah berjaya merampas beberapa barang dan kenderaan seperti dadah jenis syabu dan heroin, empat buah lori jenis Hicom, Isuzu dan Daihatsu Delta yang dilaporkan hilang di kawasan Jinjang, Setiawan, Sabak Bernam dan Kota Damansara dan salah sebuah nombor casis lori berkenaan telah ‘tempered’, dua buah kereta jenis Proton Wira dan Iswara Aeroback yang dilaporkan hilang di Sg. Senam dan Sabak Bernam dan sebuah kereta BMW No Pendaftaran: BCF2002 (palsu) dilaporkan hilang di Lumut pada 26/08/2013 lalu.

Dengan tertangkapnya kesemua suspek tersebut bersama rampasan, dipercayai telah dapat menyelesaikan sebanyak lima kes curi lori dan tiga kes curi kereta di kawasan Lembah Klang. Kesemua saspek direman mulai 27/8/2013 sehingga 11/9/2013 dan kes disiasat dibawah 379A/411 Kanun Keseksaan.

Sindiket Curi Kenderaan Tumpas 20140618
Sindiket Curi Kenderaan Tumpas 20140618
Sindiket Curi Kenderaan Tumpas 20140618

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
ArticlePublished 18 Jun 2014 12.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM