Dalam operasi lain yang dijalankan di Taiping, Perak pada 26 Mei 2012, Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dari Selangor berjaya menumpas sindiket yang bertanggungjawab di dalam meleraikan komponen lori dan kereta yang dicuri untuk dijadikan alat ganti (Spare parts). Sejumlah besar komponen lori dan kereta yang dileraikan berjaya dirampas termasuklah pelbagai jenis pintu, bonet dan tangki lori. Turut dirampas adalah sejumlah 28 buah kepala lori. Empat ahli sindiket turut berjaya ditangkap.
Pihak Jabatan Siasatan Jenayah akan terus berusaha dengan gigih untuk memastikan individu dan sindiket yang terlibat dibawa ke muka pengadilan bagi mengurangkan kegusaran ahli masyarakat terhadap masalah curi kenderaan di negara ini.
