Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Black Money Lumpuh Rm30 Juta Wang Palsu Dirampas

Published: 19 Jun 2014 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SHAH ALAM, 24 April – Sindiket 'Black Money' lumpuh dengan tertangkapnya seorang lelaki warganegara Iran dalam satu serbuan sepasukan polis di sebuah kondominium yang terletak di Jalan Ipoh, Sentul, K..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-black-money-lumpuh-rm30-juta-wang-palsu-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:07 MYT

SHAH ALAM, 24 April – Sindiket 'Black Money' lumpuh dengan tertangkapnya seorang lelaki warganegara Iran dalam satu serbuan sepasukan polis di sebuah kondominium yang terletak di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur semalam.

Rumah tersebut yang diserbu polis dipercayai dijadikan pusat oleh sindiket 'Black Money'.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sekitar jam 3.00 petang semalam menemui pelbagai peralatan iaitu puluhan beg pakaian yang berisi wang palsu dan kertas untuk dijadikan wang, mesin memproses 'Black Money', 13 peti keselamatan, sejumlah kepingan note dalam nilai USD, Pound Sterling dan Dollar Singapore. Kesemua barangan tersebut dirampas untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan dalam bentuk wang palsu dianggarkan berjumlah RM30 juta.

Sindiket Black Money Lumpuh Rm30 Juta Wang Palsu Dirampas
Sindiket Black Money Lumpuh Rm30 Juta Wang Palsu Dirampas
Sindiket Black Money Lumpuh Rm30 Juta Wang Palsu Dirampas

Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 19 Jun 2014 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM