Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Ayat Ayat Cinta Tumpas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan penghantaran barang yang aktif di beberapa buah negeri sejak beberapa tahun lalu yang mengakibatkan kerugian mangsa mencecah RM7.8 juta...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-ayat-ayat-cinta-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:03 MYT

Kuala Lumpur - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan penghantaran barang yang aktif di beberapa buah negeri sejak beberapa tahun lalu yang mengakibatkan kerugian mangsa mencecah RM7.8 juta.

Dalam beberapa serbuan di ibu negara semalam, seramai 15 suspek ditahan termasuk lima warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 27 hingga 42 tahun yang disyaki menjadi dalang sindiket itu.

Lebih mengejutkan hasil kegiatan itu membolehkan seorang suspek wanita memiliki sejumlah wang berjumlah antara RM1.5 juta dan RM2 juta di dalam akuannya.

Kegiatan penipuan sindiket itu terbongkar selepas mereka menipu seorang janda yang juga ahli perniagaan berusia 60 tahun di Tampoi, Johor, sejak Julai tahun lalu dengan kerugian lebih RM550,000.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) II, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan menyasarkan golongan wanita dan lelaki berharta serta terdesak untuk bercinta di laman sosial.

Sindiket Ayat Ayat Cinta Tumpas
Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM