Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Ditahan Dalam Tempoh 96 Jam

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
IPD SERDANG- Empat penjenayah dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah telah berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Cawangan (D9), Ibupejabat Polis Daerah Serdang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-kes-pecah-rumah-berjaya-ditahan-dalam-tempoh-96-jam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

IPD SERDANG- Empat penjenayah dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah telah berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Cawangan (D9), Ibupejabat Polis Daerah Serdang dalam tempoh 96 jam selepas suspek memecah masuk sebuah rumah di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.

Kesemua suspek berusia diantara 21 hingga 50 tahun telah Berjaya ditahan di sebuah hotel di Melaka kira-kira jam 11 pagi hasil maklumat dan risikan anggota serbuan. Hasil penahanan kesemua suspek, polis berjaya menemui dan merampas tiga buah kereta, alatan pecah rumah, sejumlah mata wang asing pelbagai nilai, buku cek, sebilah parang panjang, sepasang baju uniform lengkap warna biru polis dan barangan curi yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM200,000.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Bin Elias berkata, hasil semakan rekod jenayah lampau, kesemua suspek didapati pernah terlibat dalam jenayah dan dikehendaki polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam satu kes berasingan, Polis Daerah Serdang juga telah berjaya menangkap seorang suspek warganegara asing yang dipercayai aktif memecah pintu loker di bilik persalinan di salah sebuah Kelab Golf. Suspek yang sebelum ini pernah ditangkap atas kesalahan dadah telah melakukan sekali lagi jenayah sama dengan memecah loker milik seorang mangsa bergelar ‘Datuk’ sebelum ditahan semalam. Jumlah kerugian dianggarkan RM 2,000.

'Modus Operandi' yang digunakan oleh suspek ialah dengan menyamar sebagai pelanggan sebelum cuba masuk ke bilik persalinan dan mengambil kesempatan yang ada dengan memecah pintu loker dan mencuri barang berharga milik pemain golf di kelab tersebut. Suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Ditahan Dalam Tempoh 96 Jam
Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Ditahan Dalam Tempoh 96 Jam
Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Ditahan Dalam Tempoh 96 Jam
Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Ditahan Dalam Tempoh 96 Jam
Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Ditahan Dalam Tempoh 96 Jam

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM