Sindiket African Scam Tumpas 11 Ditahan
Sindiket penipuan African Scam yang aktif sejak lima tahun lalu, tumpas dalam empat serbuan berasingan di kondominium sekitar Setapak di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, serbuan jam 6 petang yang membabitkan sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah komersil telah menahan 10 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 28 hingga 35 tahun.
Turut dirampas adalah beberapa barang bernilai kira-kira RM70,000 membabitkan komputer riba, telefon bimbit, pendrive, hard disk, mesin cetak dan pelbagai dokumen yang dipercayai digunakan untuk menipu mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian