Selangor akan menjalinkan kerjasama dengan pemaju projek perumahan dan kawasan pembangunan sebagai langkah mencegah pembabitan kumpulan kongsi gelap dalam syarikat kawalan keselamatan.
Perkara itu dipertimbangkan susulan kejadian pondok pengawal keselamatan dibakar dan seorang pengawal keselamatan maut ditetak kumpulan kongsi gelap di Bukit Raja, Klang, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, perkara berkenaan juga mengambil kira arahan serta-merta Menteri Dalam Ncgeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu aktiviti gangsterisme dibanteras habis-habisan.
Sumber: Harian Metro