Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket African Scam Libatkan Kerugian Rm25 Juta Tumpas

Published: 17 Aug 2015 9.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur , 17 ogos 2015 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket penipuan Afrika atau “Nigerian Scam” yang sudah mengaut keuntungan hampir RM25 juta menipu masyarakat dengan hanya menggunakan kata-kata manis dan ayat cinta dalam dunia internet.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-african-scam-libatkan-kerugian-rm25-juta-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:45 MYT

Kuala Lumpur , 17 ogos 2015 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket penipuan Afrika atau “Nigerian Scam” yang sudah mengaut keuntungan hampir RM25 juta menipu masyarakat dengan hanya menggunakan kata-kata manis dan ayat cinta dalam dunia internet.

Timbalan Pengarah JSJK (Siasatan), Datuk Wira Hj. Hamza bin Taib dalam sidang media berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sememangnya memburu sindiket ini dari semasa ke semasa telah melancarkan “OpTiong” bermula dari 11 Julai lepas sebagai salah satu usaha mengekang dan seterusnya menumpaskan sindiket tersebut.

"Seramai 35 ahli sindiket ditangkap beserta barang rampasan seperti kad ATM, telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai dokumen lain", katanya.

Sindiket yang mensasarkan golongan wanita tempatan khususnya dari golongan wanita yang kesepian, ibu-ibu tunggal dan tidak terkecuali golongan professional ini telah mencatatkan sebanyak 761 laporan polis telah diterima sejak Januari hingga Julai 2015.

Kesemua ahli sindiket tersebut kini ditahan lanjut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun penjara serta sebatan.

Sindiket African Scam Libatkan Kerugian Rm25 Juta Tumpas
Datuk Wira Hj. Hamza bin Taib dalam sidang media beliau..

Sindiket African Scam Libatkan Kerugian Rm25 Juta Tumpas
Datuk Wira Hj. Hamza bin Taib menunjukan barang yang dirampas..

Sindiket African Scam Libatkan Kerugian Rm25 Juta Tumpas
Antara barang yang berjaya dirampas..

Sindiket African Scam Libatkan Kerugian Rm25 Juta Tumpas
Antara telefon bimbit yang dirampas..

ArticlePublished 17 Aug 2015 9.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM