Artikel
Teraju Baru Jabatan Pengurusan Dan Cawangan Khas Perkasa Pdrm
Bukit Aman, 17 Ogos – Jabatan Pengurusan dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melakar sejarah dengan pelantikan baru pengarah masing-masing...
TERAJU BARU JABATAN PENGURUSAN DAN CAWANGAN KHAS PERKASA PDRM
Bukit Aman, 17 Ogos – Jabatan Pengurusan dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melakar sejarah dengan pelantikan baru pengarah masing-masing dalam Majlis Serah dan Terima Tugas yang berlangsung di Bukit Aman, pagi tadi.
Majlis itu secara rasmi menyaksikan YDH Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pengurusan menggantikan YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun yang kini memegang portfolio Pengarah Cawangan Khas. Jawatan Pengarah Cawangan Khas sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Akhil Bulat yang kini telah bersara wajib.
YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapan beliau yakin YDH Dato’ Pahlawan Zulkifli mampu meneruskan kecemerlangan semasa menerajui Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) bagi mentadbir dan mengurus Jabatan Pengurusan yang merupakan tulang belakang PDRM.
Sementara itu, ucap beliau, kepulangan semula YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi di dalam Cawangan Khas bakal merencana pelbagai strategi dan perlaksanaan yang lebih agresif bagi memastikan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dengan pelbagai kemungkinan.
“Dato’ Seri Mohamad Fuzi bukanlah ‘orang baru’ kepada Cawangan Khas. Kembalinya beliau ke Cawangan Khas adalah ibarat ‘sirih pulang ke ganggang,” kata Ketua Polis Negara yang memberi gambaran jelas bahawa Cawangan Khas hari ini bakal dipacu oleh teraju pimpinan bagi mempertingkatkan lagi mutu perisikan di negara ini.
Dalam majlis sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan dan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas dengan disaksikan oleh Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan kini disandang oleh Y.Bhg Datin Noraini Abd Jalil menggantikan Y.Bhg Datin Seri Azizah Hamdi yang merupakan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas yang baru. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH Timbalan Ketua Polis Negara , Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim , pengarah dan timbalan pengarah , barisan Ketua Polis Negeri, pegawai-pegawai kanan dan Ahli-ahli PERKEP.

Sesi serah terima tugas Pengarah Jabatan Pengurusan diantara YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun kepada YDH Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah.

Sesi serah terima tugas Pengarah Cawangan Khas diantara YDH Dato' Leo Chong Teong, Pemangku Pengarah Cawangan Khas kepada YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun

Y.Bhg Datin Noraini Abd Jalil menerima dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan daripada Y.Bhg Datin Seri Azizah Hamdi.

Y.Bhg Datin Seri Azizah Hamdi menerima dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP Cawangan Khas daripada Y.Bhg Datin Lim You Sua