Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak

Published: 18 Jun 2014 1.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Kuching, 4 Okt - Sidang Media Op Cantas telah diadakan di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak oleh Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Hassan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sidang-media-op-cantas-khas-kjsj-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:04 MYT

Kuching, 4 Okt - Sidang Media Op Cantas telah diadakan di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak oleh Dato' Pahlawan Zulkifli bin Hassan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak. Turut dihadiri DSP Haji Mohd Jemali Bin Haji Umi, Ketua Polis Daerah Serian DSP Sarifuddin Bin Mustaffa, Pegawai Turus D9 IPK Sarawak serta pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak.

Pada 30 September 2013 jam lebih kurang 4.25 petang, sepasukan polis dari IPD Serian telah membuat serbuan sebuah rumah kongsi dalam satu kawasan ladang kelapa sawit, Balai Ringin Serian yang membawa kepada penemuan beberapa barang yang menyalahi undang-undang.

Antara barang-barang yang telah dirampas adalah selaras senapang angin jenama "Canon Super Model 737 Cal 177", selaras senapang patah buatan sendiri, dua bilah parang 'Kwang Tau', satu beg pinggang mengandungi lapan kotak peluru senapang angin,sebutir peluru hidup 12 Bore, satu flare jenama 'ace',beberapa alat-alat untuk menghisap dadah serta satu jarum suntikan.

Pemeriksaan selanjutnya di dalam sebuah stor berhampiran juga turut menemui ,sepucuk pistol jenis automatik Model 27 Kal 7.65 dan tiga butir peluru hidup 7.65, satu kotak kecil mengandungi 20 butir peluru hidup "Mirage 12 Bore", satu bekas tin berisi enam butir hidup 7.65 dan dua butir perluru hidup .38 serta satu bekas tin berisi sepuluh butir peluru hidup .22 dan dua butir peluru hidup 9mm.

Barang-barang tersebut telah dirampas utnuk siasatan lanjut yang sedang dijalankan sekarang. Suspek-suspek berkaitan dalam kes ini akan ditangkap dalam masa terdekat.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjatapi 1960 dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan Dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Justeru itu pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama dalam memberikan maklumat yang menghasilkan kejayaan ini. Pihak polis juga menyeru agar masyarakat tempatan supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan setiap pemberi maklumat adalah rahsia.

Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak
Sidang Media Op Cantas Khas Kjsj Sarawak

Sumber : HEA Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM