Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sidang Media Oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejayaan JSJN bagi tahun 2010 ini memperlihatkan sebanyak 11 operasi dijalankan yang telah menghasilkan tangkapan ke atas seramai 39 orang yang terdiri daripada 36 lelaki dan 3 perempuan. Dari jumlah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sidang-media-oleh-pengarah-jabatan-siasatan-jenayah-narkotik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT

Bukit Aman - 8 Februari 2010. YDH CP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah memberi Sidang Media di Auditorium PDRM, Tingkat 16, Bukit Aman, petang ini.

Sidang Media ini adalah kerana kejayaan Polis Diraja Malaysia menumpaskan aktiviti penyeludupan dadah bagi awal tahun 2010.

Sejak kebelakangan ini, aktiviti penyeludupan dadah jenis Methamphetamine (Syabu) oleh warganegara asing ke dalam negara telah dikesan berlaku dengan begitu ketara sekali terutamanya dengan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dalam tahun 2010 ini sahaja, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM telah berjaya mematahkan sembilan kes cubaan menyeludup masuk dadah oleh kurier orang (Drug Muler) dari Negara Iran termasuk menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang aktif didalangi warganegara Iran di Lembah Klang.

Kejayaan JSJN bagi tahun 2010 ini memperlihatkan sebanyak 11 operasi dijalankan yang telah menghasilkan tangkapan ke atas seramai 39 orang yang terdiri daripada 36 lelaki dan 3 perempuan. Dari jumlah itu, 34 orang adalah merupakan warganegara Iran dan selainya 3 rakyat tempatan, 1 Filipina dan 1 Singapura.

Mereka yang ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah berumur antara 15 tahun hingga 58 tahun yang mana jika sabit kesalahan akan menghadapi hukuman mati mandatori.

Operasi tersebut telah berjaya merampas sejumlah 41.967 kg dadah jenis Methamphetamine yang dianggarkan bernilai 10.5 juta ringgit. Hasil operasi itu juga, pihak JSJN telah berjaya menyita sejumlah wang tunai bernilai RM225,850.00 termasuk pelbagai aset lain.

Modus Operandi penyeludupan oleh sindiket dadah warganegara asing itu meliputi kaedah menelan ke dalam badan, disorok dalam beg pakaian atau barangan seperti botol penyembur rambut maupun direndam dalam pakaian.

Berbanding tahun 2009, pihak JSJN berjaya menangkap seramai 20 orang (19 lelaki dan 1 perempuan) warganegara Iran dan merampas 16.815 kg dadah Methamphetamine.

Sidang Media Oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Sidang Media ... YDH CP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM bersama YDH DCP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) dan Pegawai-pegawai Penyiasat JSJN.

Sidang Media Oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Baju yang direndam dengan dadah jenis Methamphetamine

Sidang Media Oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Syabu berbentuk kristal yang diseludup didalam beg pakaian

Sidang Media Oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Bentuk Syabu yang ditelan ke dalam badan...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM