Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pelbagai program telah di adakan sempena majlis ini, antaranya persembahan Unit Berkuda PDRM, Unit K9 PDRM, persembahan kebudayaan oleh pelbagai kaum, pameran dari AADK, JPNIM, Unit Udara PDRM,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-rakyat-face-to-face-community-policing-ipd-petaling-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:41 MYT

Subang Perdana - 6 Februari 2010. Bertemakan " Polis Adalah Masyarakat, Masyarakat Adalah Polis", Majlis Rakyat 'Face To Face, Community Policing' Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah di adakan di Sekolah Kebangsaan U3, Subang Perdana, Kampong Baru Subang pada pagi ini.

Majlis ini adalah anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan kerjasama Sinar Harian dan juga Persatuan Penduduk Subang Perdana. Lebih 3,000 orang penduduk setempat telah hadir pada program yang bermula sejak awal pagi ini yang turut mendapat kerjasama dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga Skop Production.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah IPD Petaling Jaya. Turut hadir ialah Y.Bhg. Tuan Haji  Farush Khan bin Akbar Khan, Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, YDH Supt. Abd Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran), YDH Supt. Mohamed Shukor bin Sulong, Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi), Pegawai-pegawai Kanan IPD Petaling Jaya serta Pengerusi dan Jawatankuasa Penduduk Subang Perdana.

Di majlis ini juga, YDH Ketua Polis Daerah serta Pegawai-pegawai Kanan IPD Petaling Jaya telah memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk bertemu bagi meluahkan sebarang permasalahan yang berlaku, memberi pandangan  serta menyalurkan sebarang maklumat, bagi tujuan bersama-sama membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan selamat.

Pelbagai program telah di adakan sempena majlis ini, antaranya persembahan Unit Berkuda PDRM, Unit K9 PDRM, persembahan kebudayaan oleh pelbagai kaum, pameran dari AADK, JPNIM, Unit Udara PDRM, Cawangan Trafik, Narkotik, Persenjataan, Skop Production, Muzium PDRM dan Hal Ehwal Awam Bukit Aman.

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
dari kiri...YDH Supt. Mohamed Shukor bin Sulong, Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi), YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah IPD Petaling Jaya, Y.Bhg. Tuan Haji  Farush Khan bin Akbar Khan, Penolong Pengarang Berita Sinar Harian (tiga dari kanan) dan YDH Supt. Abd Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran) (kanan sekali) 

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Tanda Sokongan kepada kepada Sinar Harian

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Bersama Skuad Cakna Sinar Harian

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Bergambar Kenangan bersama Ketua-ketua Masyarakat Subang Perdana

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Persembahan silat untuk tetamu yang hadir...

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Persembahan menarik dari Unit Berkuda PDRM

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
dua dari kanan...DSP Maimunah Abu Bakar, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di gerai Trafik dan Narkotik IPD Petaling Jaya

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Gerai pameran Cawangan Hal Ehwal Awam Bukit Aman

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Kanak-kanak juga turut tertarik dengan kelengkapan yang dipamerkan oleh Unit Udara PDRM

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Gerai Sinar Harian...

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Kanak-kanak juga diberi peluang menaiki kuda milik Unit Berkuda PDRM

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Mengenali jenis-jenis dadah di gerai pemeran Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
Beberapa kenderaan PDRM juga turut dipamerkan

Majlis Rakyat Face To Face Community Policing Ipd Petaling Jaya
'Face to Face' bersama Ketua Polis Daerah dan Pegawai-pegawai Kanan IPD Petaling Jaya.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM