Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sidang Media Jsjn

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam sidang media JSJN yang dikendalikan oleh pengarahnya, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim pada hari ini, JSJN akan menumpukan kepada peningkatan strategi dalam mengurangkan bekalan dan pemikiran t..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sidang-media-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:11 MYT
Bukit Aman, 2 Mac 2011 - Tangkapan terhadap warga Afrika yang meningkat pada tahun ini sewajarnya diberi perhatian serius memandangkan tangkapan selama ini didominasi warga Iran.

Dalam sidang media JSJN yang dikendalikan oleh pengarahnya, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim pada hari ini, JSJN akan menumpukan kepada peningkatan strategi dalam mengurangkan bekalan dan pemintaan terhadap kemasukan bekalan dadah ke negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengulas tumpuan operasi tidak hanya tertumpu di lapangan-lapangan terbang sahaja malah pemantauan akan diadakan di perairan-perairan pintu masuk negara dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memintas bekalan dadah masuk ke negara ini.

Dalam pada itu, statistik JSJN pada Januari dan Februari tahun ini mencatatkan tangkapan seramai 27,702 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Daripada jumlah tersebut 910 daripadanya berkaitan dengan kegiatan peredaran dadah dan beliau turut menyentuh kejayaan JSJN baru-baru ini apabila mahkamah memutuskan untuk menyita 80% daripada harta rampasan dadah berjumlah RM24.5 juta.

Kejayaan ini turut diiringi dengan penumpasan sindiket dadah warganegara Iran di mana ia melibatkan tangkapan sebanyak 4 orang warganegara terbabit dan harta rampasan dianggarkan berjumlah RM3.31 juta.

Sehubungan itu, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim menyeru bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah ke negara ini.

Sidang Media Jsjn
YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik semasa sidang media..

Sidang Media Jsjn
Antara jemputan media yang hadir semasa sidang media..

Jurufoto    : Konst Raymond M.
Wartawan   : L/Kpl Lokmanul Hakim
Penyunting : F29 Siti Fatimah Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM