Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Siasatan Kes Warga Emas Rogol Bayi Selesai

Published: 04 Sep 2018 2.38 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Shah Alam, 4 September 2018 - Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang warga emas merogol bayi perempuan berusia 11 bulan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siasatan-kes-warga-emas-rogol-bayi-selesai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT

Shah Alam, 4 September 2018 - Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang warga emas merogol bayi perempuan berusia 11 bulan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata kertas siasatan sudah lengkap dan sedang menunggu jawapan daripada TPR untuk tindakan lanjut.

"Kertas siasatan sudah diserahkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Kita yakin suspek berusia 68 tahun itu dapat didakwa dengan tempoh tahanan reman akan berakhir esok (hari ini)," katanya kepada media selepas majhs serah terima tugas Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Daerah Shah Alam di Ibu Pejabat PolisDaerah (IPD), di sini, semalam.

Pada majlis itu, Deputi Superintendan (DSP) Lai Lee Peng yang bertukar ke bahagian Pendataan dan Analisis JPJKK Buklt Aman menyerahkan tugas kepada Ketua Bahagian JPJKK yang baharu, DSP Ahmad Faizal Tahrim.

Majlis serah terima tugas antara kedua-duanya disaksikan Baharudin.

Terdahulu, media melaporkan, seorang warga emas dipercayai merogol seorang bayi perempuan yang sedang diasuh menantunya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 24 di slni, baru-baru ini.

Ibu bayi berkenaan menyedari perkara itu selepas mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami berak berdarah selepas mengambil mangsa dari rumah pengasuhnya pada 24 Ogos lalu.

Sementara itu, mengulas lanjut masalah jenayah di Shah Alam, Baharudin berkata, keadaan setakat ini baik dan terkawal.

"Kita sentiasa menangani masalah jenayah di Shah Alam. Setakat ini, semuanya berada dalam keadaan baik dan juga terkawal," katanya.

Sumber : Berita Harian

ArticlePublished 04 Sep 2018 2.38 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM