Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Prk Dun Balakong Pengundi Awal Selesai Mengundi

Diterbitkan: 04 Sep 2018 2.44 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Serdang, 4 September 2018 - Seramai 31 pegawai dan anggota polis yang bertugas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, selesai mengundi di Balai Polis Seri Kembangan, pada 9.15 pagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prk-dun-balakong-pengundi-awal-selesai-mengundi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:40 MYT

Serdang, 4 September 2018 - Seramai 31 pegawai dan anggota polis yang bertugas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, selesai mengundi di Balai Polis Seri Kembangan, pada 9.15 pagi.

Mereka adalah pegawai dan anggota polis dari dua daerah mengundi di Bandar Damai Perdana dan Bandar Tun Hussein Onn.

Mereka adalah kelompok pengundi yang dikategorikan sebagai pengundi awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood yang turut berada di pusat pengundian awal di sini menyifatkan proses mengundi berjalan lancar dan berpuas hati dengan kehadiran penuh pengundi.

"SPR berpuas hati dengan kehadiran 100 peratus pengundi awal di sini," katanya kepada media, pagi ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Rosli Othman serta calon MCA, Tan Chee Teong.

Seramai 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang dikemaskini sehingga 2 Julai lalu.

Sumber : Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2018 2.44 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM