Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Siasatan Kes Bunuh Warga Britain Siap

Diterbitkan: 12 Aug 2014 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching, 12 Ogos - Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain di Jalan Abell di sini pada Ogos lalu telah siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk pendakwaan. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, siasatan kes tersebut selesai selepas tertangkapnya lima suspek lelaki yang masih dalam tahanan reman piha
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siasatan-kes-bunuh-warga-britain-siap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:41 MYT

Kuching, 12 Ogos - Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain di Jalan Abell di sini pada Ogos lalu telah siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk pendakwaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, siasatan kes tersebut selesai selepas tertangkapnya lima suspek lelaki yang masih dalam tahanan reman pihak polis ketika ini.

"Suspek kelima ditahan pada 8 Ogos lalu di rumahnya di Jalan Matang, Kuching selepas kami menyoal siasat empat suspek yang ditahan pada hari kejadian.

"Tiga suspek akan direman sehingga 13 Ogos, suspek keempat sehingga 14 Ogos manakala suspek kelima sehingga 15 Ogos ini,” katanya lagi.

Siasatan Kes Bunuh Warga Britain Siap
Sumber: Kosmo
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2014 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM