Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rumah Jadi Stor Diserbu

Diterbitkan: 12 Aug 2014 6.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 12 Ogos - Tujuh lelaki termasuk dua beradik yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah, ubat batuk dan air ketum ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Menora, Senggang, Kuala Kangsar dekat sini pada Sabtu lalu. Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada pukul 9.30 malam. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rumah-jadi-stor-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:24 MYT

Ipoh, 12 Ogos - Tujuh lelaki termasuk dua beradik yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah, ubat batuk dan air ketum ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Menora, Senggang, Kuala Kangsar dekat sini pada Sabtu lalu.

Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada pukul 9.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata, hasil serbuan di rumah itu, pihak polis merampas 172 bold ubat batuk pelbagai jenama berisi 17.233 liter, 550 pil Amphetamine dan 216 bungkus air ketum berisi 110 liter.

Difahamkan, rumah terbabit milik ahli keluarga saIah seorang suspek kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Rumah Jadi Stor Diserbu

Sumber: Kosmo
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2014 6.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM