PULAPOL AYER HITAM, 13 JUN 2012 -
"Darah adalah sesuatu yang tidak boleh dihasilkan secara tiruan. Dalam
kata lain tiada kilang yang boleh mengeluarkan darah secara komersil.
Justeru, tiada cara lain untuk menghasilkan darah kecuali melalui kaedah
pendermaan." Ujar YDH Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan
Pengarah Pengurusan(Latihan) di Program Derma Darah Sempena Peringatan
Hari Polis Ke-205 tahun bertempat di Dewan Perdana, Pusat Latihan Polis
(PULAPOL) Ayer Hitam, Negeri Sembilan.
Sehubungan dengan itu,
program ini juga adalah bertujuan untuk meraikan Hari Penderma Darah
Sedunia bertemakan "Every Donor Is A Hero" yang jatuh pada 14 Jun 2012
ini. Penglibatan aktiviti menderma darah ini sebenarnya memperlihatkan
keprihatinan pegawai dan anggota polis dalam menyelamatkan nyawa orang
ramai dengan apa jua cara bantuan yang dapat dilaksanakan.
Seramai
lebih kurang 800 orang penderma telah mengambil bahagian terdiri
daripada pelatih Konstabel yang baru melaporkan diri pada 9 Jun 2012 dan
juga Pegawai, anggota, dan Pegawai Awam PULAPOL Ayer Hitam.
Turut
memeriahkan lagi program adalah YDH SAC Dato' Abd Manan bin Mohd
Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Y.Bhg Dr. Roshida binti
Hassan, YDH Supt Mud Shukri bin Jusoh, Komandan PULAPOL Ayer Hitam,
Pegawai-pegawai kanan PDRM serta staf-staf Pusat Darah Negara.
Ketibaan YDH Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan).
YDH Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan) menandatangani buku pelawat PULAPOL Ayer Hitam.
Antara yang hadir.
Ucapan aluan serta perasmian Program Derma Darah oleh YDH Dato' Hj Abd Rahim.
Pelancaran gimik program.
YDH
Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan)
bertukar cenderamata dengan Y.Bhg Dr. Roshida binti Hassan, Pengarah
Pusat Darah Negara.
Gambar kenangan.
Gambar Sepanjang Program Berlangsung.
Jurufoto & wartawan : L/Kpl Raymond
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Setitik Darah Sejuta Harapan
Seramai lebih kurang 800 orang penderma telah mengambil bahagian terdiri daripada pelatih Konstabel yang baru melaporkan diri pada 9 Jun 2012 dan juga Pegawai, anggota, dan Pegawai Awam PULAPOL Ayer H..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/setitik-darah-sejuta-harapan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.