Bukit Aman - 13 Jun 2012
Kejayaan
PDRM mendapat pensijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC) telah dikongsi bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam
mempersijilkan QEMS/5S di agensi tersebut.
Satu lawatan
telah berlangsung di Bukit Aman pada hari ini melibatkan delegasi SSM
yang berobjektifkan penandaan aras dan penerapan amalan terbaik QEMS/5S
yang diamalkan PDRM selama ini.
Sesi
lawatan ini bertujuan berkongsi pengalaman kejayaan PDRM mendapatkan
pensijjilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Amalan
5S telah mula dilaksanakan dalam PDRM berkuat kuasa mulai 1 Januari
2010 dan dalam Fasa 1. Amalan ini akan dilaksanakan di semua Jabatan,
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta Kontinjen Kuala Lumpur dan Kontinjen
Selangor.
PDRM
telah menerapkan amalan 5S sebagai satu program yang dapat meningkatkan
perkhidmatan dan penyampaian yang lebih berkesan. Amalan 5S juga dapat
merealisasikan program-program kualiti ke arah pengurusan persekitaran
kerja yang lebih berkualiti, bersistematik dan teratur melalui amalan SISIH (SEI-RI : menyisih dan membuang barangan yang tidak perlu di tempat kerja), SUSUN (SEI-TON : menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan), SAPU (SEI-SO : mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di lantai, mesin dan peralatan), SERAGAM
(SEI-KET-SU : seragamkan, memelihara kebersihan dan penyusunan
sepanjang masa serta mudah mengamalkan Seiri - Seiton - Seiso) dan SENTIASA AMAL (SHIT-SU-KE : berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan kerja dan bertabiat baik di tempat kerja secara berterusan).
Pembudayaan
5S juga bagi memperlihatkan kualiti dari segi keterampilan dan imej
PDRM khasnya kepada masyarakat dan warga PDRM itu sendiri.
Delegasi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diketuai oleh Y.Bhg Encik Amir
bin Ahmad, Pengarah Bahagian Sumber Korporat telah disambut oleh YDH
SAC Dato' Zainal Abidin bin Kasim, SAC Modal Insan dan Korporat, Urus
Setia KPN (Penyelidik/Pembangunan) bersama Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Ketibaan rombongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan Theatrette Menara 1 Bukit Aman.
Bacaan doa dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Muhammad Fahrurradzi bin Sahibul Ghani dari BAKA Bukit Aman.
Ucapan
aluan oleh YDH SAC Dato' Zainal Abidin bin Kasim, SAC Modal Insan Dan
Korporat Urusetia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan).
Lawatan delegasi SSM ke Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Menara 1.
Lawatan delegasi ke Bahagian D6, Jabatan Siasatan Jenayah, Menara 2 Bukit Aman.
Lawatan delegasi ke Pendaftaran Pasukan, Menara 2 Bukit Aman.
Taklimat
Amalan 5S PDRM di sampaikan oleh ASP Chong Boo Khim , ASP Seksyen
Penyelidikan (Inovasi dan Kreatif) Urus Setia KPN (Penyelidikan dan
Pembangunan) di Auditorium Tingkat 16, Menara 2 Bukit Aman.
Supt. Ashari bin Abdul Ghani menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Encik Amir bin Ahmad, Pengarah Bahagian Sumber Korporat.
Penyampaian cenderahati kenangan kepada PDRM.
Bergambar kenangan.
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo.
Jurufoto : L/Kpl Irfan bin Bujang dan Konst Muhammad Iqtar bin Azmi.