Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Setitik Darah Sejuta Harapan

Published: 12 Jun 2014 1.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai lebih kurang 800 orang penderma telah mengambil bahagian terdiri daripada pelatih Konstabel yang baru melaporkan diri pada 9 Jun 2012 dan juga Pegawai, anggota, dan Pegawai Awam PULAPOL Ayer H..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/setitik-darah-sejuta-harapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:16 MYT

PULAPOL AYER HITAM, 13 JUN 2012 - "Darah adalah sesuatu yang tidak boleh dihasilkan secara tiruan. Dalam kata lain tiada kilang yang boleh mengeluarkan darah secara komersil. Justeru, tiada cara lain untuk menghasilkan darah kecuali melalui kaedah pendermaan." Ujar YDH Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan) di Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-205 tahun bertempat di Dewan Perdana, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, program ini juga adalah bertujuan untuk meraikan Hari Penderma Darah Sedunia bertemakan "Every Donor Is A Hero" yang jatuh pada 14 Jun 2012 ini. Penglibatan aktiviti menderma darah ini sebenarnya memperlihatkan keprihatinan pegawai dan anggota polis dalam menyelamatkan nyawa orang ramai dengan apa jua cara bantuan yang dapat dilaksanakan.

Seramai lebih kurang 800 orang penderma telah mengambil bahagian terdiri daripada pelatih Konstabel yang baru melaporkan diri pada 9 Jun 2012 dan juga Pegawai, anggota, dan Pegawai Awam PULAPOL Ayer Hitam.

Turut memeriahkan lagi program adalah YDH SAC Dato' Abd Manan bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Y.Bhg Dr. Roshida binti Hassan, YDH Supt Mud Shukri bin Jusoh, Komandan PULAPOL Ayer Hitam, Pegawai-pegawai kanan PDRM serta staf-staf Pusat Darah Negara.


Ketibaan YDH Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan). 
Setitik Darah Sejuta Harapan
Setitik Darah Sejuta Harapan

Setitik Darah Sejuta Harapan
YDH Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan) menandatangani buku pelawat PULAPOL Ayer Hitam.

Setitik Darah Sejuta Harapan
Antara yang hadir.

Setitik Darah Sejuta Harapan
Ucapan aluan serta perasmian Program Derma Darah oleh YDH Dato' Hj Abd Rahim.

Pelancaran gimik program.
Setitik Darah Sejuta Harapan
Setitik Darah Sejuta Harapan

YDH Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan) bertukar cenderamata dengan Y.Bhg Dr. Roshida binti Hassan, Pengarah Pusat Darah Negara.
Setitik Darah Sejuta Harapan
Setitik Darah Sejuta Harapan

Setitik Darah Sejuta Harapan
Gambar kenangan.

Gambar Sepanjang Program Berlangsung.
Setitik Darah Sejuta Harapan
Setitik Darah Sejuta Harapan
Setitik Darah Sejuta Harapan
Setitik Darah Sejuta Harapan
Setitik Darah Sejuta Harapan





Jurufoto & wartawan   : L/Kpl Raymond

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM