Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sesi Kunjungan Hormat Bank Negara Malaysia Ke Bukit Aman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Telah berlangsung satu mesyuarat dan kunjungan hormat ke atas YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara oleh Y.Bhg Puan Nor Shamsiah Yunus,Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (B..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sesi-kunjungan-hormat-bank-negara-malaysia-ke-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT

Bukit Aman , 22 Jun 2011 - Telah berlangsung  satu mesyuarat dan kunjungan hormat  ke atas YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara oleh Y.Bhg Puan Nor Shamsiah Yunus, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini.

Beliau turut diiringi Y.Bhg Puan Jessice Chew Cheng Lian, Pembantu Gabenor BNM serta Pegawai-pegawai Kanan BNM dan sesi perbincangan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara. 

Perbincangan selama satu jam setengah itu difahamkan lebih menjurus kepada kerjasama dan pertukaran pandangan antara pihak PDRM dan BNM dan diakhiri dengan jamuan minum petang. 

Turut hadir, Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, YDH SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Sesi Kunjungan Hormat Bank Negara Malaysia Ke Bukit Aman
YDH Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Nor Shamsiah Yunus, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Sesi Kunjungan Hormat Bank Negara Malaysia Ke Bukit Aman
Sesi perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara.

Sesi Kunjungan Hormat Bank Negara Malaysia Ke Bukit Aman
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Y.Bhg Puan Nor Shamsiah Yunus.

Sesi Kunjungan Hormat Bank Negara Malaysia Ke Bukit Aman
Sesi Bergambar Kenangan PDRM bersama Bank Negara Malaysia.

Wartawan/jurufoto    :     L/kpl Helmi
Penyunting                :    Insp Md Aruwan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM