Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada pagi ini, satu mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan ATM-PDRM telah berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk menggariskan Konsep Ekse..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-jawatankuasa-penyelarasan-operasi-dan-latihan-atm-pdrm-bil-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:09 MYT
Kuala Lumpur - 22 Jun 2011

Pada pagi ini, satu mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan ATM-PDRM telah berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk menggariskan Konsep Eksesais bersepadu di antara ATM dan PDRM.   
                     
Hadir pada pagi ini adalah Y.Bhg. Leftenen Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, selaku ketua mewakili Angkatan Tentera Malaysia, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA selaku ketua mewakili PDRM. Turut hadir adalah Laksamana Muda Dato' Abd Hadi bin A. Rashid, Assisten Ketua Staf Operasi Dan Latihan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, YDH Dato' Abdul Rahman Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato'-dato' Pengarah ATM, Dato'-dato' Timbalan Pengarah ATM dan Pegawai-pegawai Kanan ATM/PDRM.

Kerjasama Operasi dan Latihan di antara ATM/PDRM sememangnya telah lama wujud secara adhoc (kasar) dan telah diformalisasikan pada tahun 2008. Hubungan yang semakin aktif  apabila Konsep Eksesais dilaksanakan dikenali dengan Eksesais BERSATU AMAN pada Jun, 2008. Ia adalah bagi mewacanakan bentuk kerjasama yang lebih terancang dan menyeluruh. Hasil daripada eksesais tersebut, banyak ruang kerjasama yang boleh diperbaiki bagi menjalinkan hubungan yang lebih profesional dan efektif. Ekoran itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Program Kerjasama Dan Latihan antara ATM dan PDRM telah dibentuk dan ditandatangani 17 November 2008.

Objektif utama memorandum ini adalah untuk menghasilkan program kerjasama bagi memperluaskan dan mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan serta tahap intelektual para pegawai serta peringkat anggota ATM dan PDRM.

Konsep Eksesais ini akan dilaksanakan pada setiap tahun dalam bentuk Eksesais Pos Pemerintahan dan diikuti dengan Latihan Medan Bersama Trup. Eksesais ini akan memberi fokus kepada operasi kepada operasi-operasi memulihkan seterusnya mencegah situasi ancaman Kenteraman Awam.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011
Dato'-dato' dan Pegawai Kanan ATM/PDRM beramah mesra sebelum Mesyuarat bermula

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bersama Y.Bhg. Ketua Staf Markas Angkatan Tentera di ruangan tetamu

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011
Bergambar kumpulan sebelum mesyuarat bermula

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mejor Syamsul Arianas bin Daud, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Atm Pdrm Bil 1 2011
Pembuka tirai... Ucapan daripada Y.Bhg. Leftenen Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Shahreel bin Shariman
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM