Sesi Kunjungan Hormat Bank Negara Malaysia Ke Bukit Aman
Bukit Aman , 22 Jun 2011 - Telah berlangsung satu mesyuarat dan kunjungan hormat ke atas YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara oleh Y.Bhg Puan Nor Shamsiah Yunus, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini.
Beliau turut diiringi Y.Bhg Puan Jessice Chew Cheng Lian, Pembantu Gabenor BNM serta Pegawai-pegawai Kanan BNM dan sesi perbincangan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara.
Perbincangan selama satu jam setengah itu difahamkan lebih menjurus kepada kerjasama dan pertukaran pandangan antara pihak PDRM dan BNM dan diakhiri dengan jamuan minum petang.
Turut hadir, Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, YDH SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
YDH Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Nor Shamsiah Yunus, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.
Sesi perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara.
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Y.Bhg Puan Nor Shamsiah Yunus.
Sesi Bergambar Kenangan PDRM bersama Bank Negara Malaysia.
Wartawan/jurufoto : L/kpl Helmi
Penyunting : Insp Md Aruwan