Serbu Tempat Proses Kad Kredit Palsu 2 Diberkas
Bukit Aman, 18 Oktober 2011 - Satu sidang media telah dibuat pada pagi ini susulan daripada kejayan JSJK Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Selangor menumpaskan satu sindiket penjualan kad kredit palsu di sebuah permis di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang Selangor semalam.
Melalui sidang media yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur,YDH DCP Dato' Tajudin bin Md Isa, Timbalan Pengarah I JSJK memaklumkan, hasil daripada serbuan yang telah dibuat ke atas premis tersebut pada 17 Oktober 2011 pada lebih kurang 6.30 petang, pihak PDRM telah berjaya menangkap 2 orang lelaki warga tempatan yang berumur 21 dan 44 tahun dan telah berjaya merampas sejumlah 3,246 keping kad kredit palsu dari pelbagai bank tempatan dan antarabangsa serta peralatan-peralatan untuk memproses kad kredit.
Kad-kad kredit yang dirampas ini dipercayai dijual dengan harga RM15.00 sekeping dan premis ini juga memproses kad-kad keahlian kelab-kelab, kad institusi pelajaran dan syarikat-syarikat.
Sindiket ini lebih mensasarkan pelanggan atau sindiket lain yang memerlukan kad-kad kredit kosong untuk tujuan jenayah seperti penipuan kad kredit dan sebagainya.
Sidang Media oleh YDH DCP Dato' Tajudin bin Md Isa, Timbalan Pengarah I JSJK yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Antara Peralatan yang dirampas
Jurufoto : L/Kpl Shareel
Wartawan : Konst Raymond