Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seramai 24 Pelajar Ditahan Kerana Ponteng Sekolah

Published: 12 Aug 2015 9.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 12 Ogos- Polis menahan 24 pelajar lelaki berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun yang didapati ponteng sekolah di sebuah pusat snuker dekat Jalan Air Putih di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seramai-24-pelajar-ditahan-kerana-ponteng-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:43 MYT

Kuantan, 12 Ogos- Polis menahan 24 pelajar lelaki berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun yang didapati ponteng sekolah di sebuah pusat snuker dekat Jalan Air Putih di sini semalam.

Serbuan pukul 12.45 tengah hari itu dilakukan anggota 'pasukan petugas' Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kuantan yang diketuai oleh DSP Mohd Zaidi Mat Zin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, selain itu pemilik premis terbabit, seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun turut ditahan.

"Semasa serbuan dilakukan, kesemua pelajar terbabit yang lengkap berpakaian sekolah sedang leka bermain snuker.

Siasatan awal mendapati pelajar-pelajar itu bersekolah di sekolah
berhampiran pusat snuker tersebut dan perkara itu juga akan dimaklumkan kepada ibu bapa serta pihak sekolah untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu hasil pemeriksaan turut mendapati pusat snuker tersebut memiliki lesen perniagaan yang sah namun menyalahgunakan aktiviti dengan membenarkan remaja bawah umur memasuki premis.

Katanya, kesemua pelajar terlibat dan pemilik premis dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.-BERNAMA

ArticlePublished 12 Aug 2015 9.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM