Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Serah Kunci Balai Masjid India

Published: 09 Jun 2014 9.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur - 30 Januari 2009 - Majlis Serah Kunci Balai Polis Masjid India telah berlangsung di Balai Polis Masjid India. Majlis penyerahan tersebut ialah antara Dato' Ameer Ali Mydin, Pengerusi M..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serah-kunci-balai-masjid-india
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:45 MYT

Kuala Lumpur - 30 Januari 2009 - Majlis Serah Kunci Balai Polis Masjid India telah berlangsung di Balai Polis Masjid India.
Majlis penyerahan tersebut ialah antara Dato' Ameer Ali Mydin, Pengerusi Majlis Bertindak Kawasan Masjid India yang juga Pengerusi Mydin Mohd.Holdings Berhad kepada YDH ACP Haji Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Menurut YDH ACP Zulkarnain idea menaik taraf Pondok Polis Masjid India kepada sebuah balai polis telah diutarakan oleh Dato' Ameer Mohamad Ali Mydin pada satu perjumpaan pada 20 Jun 2007. Ianya telah dipanjangkan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur dan beberapa mesyuarat susulan antara PDRM  dan pihak penaja telah diadakan.

Pihak penaja iaitu Mydin Holdings Bhd. telah melantik seramai 18 ahli jawatankuasa bertindak untuk tujuan penaiktarafan pondok itu. Pengubahsuaian pondok oleh firma arkitek Aras Reka Sdn, Berhad itu telah menelan belanja sebanyak RM80, 250.00 yang mendapat sumbangan dan kerjasama oleh beberapa persatuan peniaga di sekitar Jalan Masjid India. Antaranya Mydin Mohd Holding Sdn, Berhad, S.M Deen Jewellers Sdn. Berhad, Madras Store Sdn. Berhad, Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Palace Hotel , Zeenath Begum Jewellers Sdn. Berhad, Selangor & Malyan Mansion Owners & Residents Association dan Al- Maulana Traders Sdn. Berhad.

Pengubahsuaian balai yang bermula pada 1 November 2008 dan siap sepenuhya pada 31 Disember 2008. Mempunyai kekuatan anggota seramai 8 orang dan diketuai oleh seorang Sarjan Mejar sebagai Ketua Polis Balai. Ianya dibuka 24 jam dengan konsep mesra rakyat dan dilengkapi dengan alat komputer , bilik rehat, pantri dan sebuah peti televisyen.

Serah Kunci Balai Masjid India
Dato' Ameer Ali Mydin, Pengerusi Majlis Bertindak Kawasan Masjid India menyerahkan replika kunci Balai Polis Masjid India kepada YDH ACP Haji Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Serah Kunci Balai Masjid India
Gambar kenangan... YDH ACP Haji Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama beberapa persatuan peniaga di sekitar Jalan Masjid India bergambar bersama sebagai kenangan di hadapan Balai Polis Masjid India yang baru dirasmi oleh beliau.

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM