| Pada
keseluruhannya, BPH, JSJN telah mencapai prestasi yang cemerlang pada
tahun 2008 dalam penyitaan harta benda pengedar-pengedar dadah dan
sekutu ("associate") mengikut peruntukan Akta Dadah Berbahaya
(Perlucuthakan Harta) 1988. Jumlah nilai sitaan tahun 2008 ialah RM
38.25 juta, iaitu mengatasi nilai sitaan RM 37.76 juta pada tahun 2009.
(Butir-butir nilai sitaan mengikut kontinjen/pecahan jenis harta adalah
di lampiran) 2. Analisis/perbandingan terhadap nilai harta benda yang disita dari Tahun 2005 hingga 2008 adalah seperti berikut :- | | Tahun | Nilai Sitaan | | 2.1 | 2005 | RM 22.88 juta | | 2.2 | 2006 | RM 20.49 juta | | 2.3 | 2007 | RM 37.76 juta | | 2.4 | 2008 | RM 38.25 juta | 3. Berdasarkan
statistik di atas, terdapat peningkatan yang ketara pada tahun 2007 dan
2008, jika dibandingkan dengan tahun 2005 dan 2006. Ini ialah
disebabkan oleh faktor-faktor berikut :-
3.1 Tangkapan sindiket-sindiket pengedaran dadah yang terlibat dengan makmal memproses dadah di
Selangor, Johor dan Pulau Pinang, di mana nilai harta benda yang tinggi telah disita dari ahli-ahli
sindiket berkenaan. Contohnya ialah Ops Hybird (RM 17.82 juta), Ops Kurinjipu (RM 3.43 juta), Ops
Justicia (RM 4.21 juta), Ops Chinese Arrowhead (RM 3.45 juta) dan Ops Alpinia (RM 1.81 juta) 3.2 BPH, JSJN telah menjalankan “Asset Tracing”/“Money Trail” terhadap sekutu atau “associate”
pengedar-pengedar dadah yang merupakan “financer” kepada pengedar-pengedar dadah dalam ops
tersebut di atas. Nilai harta benda yang tinggi telah disita termasuk rumah, kenderaan, wang tunai,
wang dalam akaun, saham dan sebagainya. 3.3 BPH, JSJN, Bukit Aman, IPK Johor dan IPD Johor Bahru Selatan telah dianugerahkan Sijil MS ISO
9001:2000 oleh Moody International Certification Ltd. France pada 31 Disember 2007, berhubung dengan
Pengurusan Sistem Kualiti di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. Perlaksanaan MS
ISO 9001:2000 telah meningkatkan kualiti pengurusan siasatan dan harta benda BPH dan seterusnya
meningkatkan prestasi BPH pada keseluruhanya. Perlaksanaan MS ISO 9001:2000 akan diperluaskan ke
semua IPD di Johor pada tahun 2009. 3.4 Peningkatkan mutu penyiasatan pegawai-pegawai penyiasat BPH/KBSJND setelah mengikut
kursus/program latihan kewangan/“Asset Tracing” yang dianjurkan oleh BPH, Bukit Aman, Maktab Polis
dan Bank Negara Malaysia. Kursus tersebut memberi pengetahuan/kemahiran mengenai teknik
penyiasatan kewangan dan isu-isu perundingan yang berkaitan. Pada tahun 2008, BPH Bukit Aman telah
mengadakan (4) program latihan bagi kontinjen-kontinjen Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Sabah.
Program latihan sedemikian akan diperluaskan ke kontinjen lain dalam tahun ini.
Penubuhan Unit Risikan BPH, JSJN. 4. Dalam Pelan
Strategik Lima Tahun (PS5T) JSJN, PDRM cadangan penubuhan Unit Risikan
BPH, JSJN, telah dikemukakan. Siasatan kewangan/"Aset Tracing" akan
menjadi lebih berkesan dengan penubuhan unit tersebut, di mana siasatan
pro-aktif terhadap pengedar-pengedar dadah/sekutu dapat dilaksanakan
sebelum tangkapan dibuat. Di samping itu, pengesanan
harta-benda/pengaliran wang haram dapat dilaksanakan sehingga akar umbi,
melalui risikan untuk memperolehi sitaan yang maximum dan meningkatkan
"rate of conviction" di mahkamah. Kesimpulan. 5. Perlucuthakan
Harta merupakan satu senjata yang berkesan dalam menangani jenayah
narkotik di negara ini. Siasatan yang berkualiti tinggi dan profesional
berupaya mengesan dan merampas hasil dan "keuntungan" yang diperolehi
oleh sindiket pengedar dadah dan sekutu mereka melalui aktiviti
pengedaran dadah. Pengesanan dan penyitaan harta benda yang berkesan dan
menyeluruh akan melumpuhkan kapasiti kewangan sindiket dan
pengedar-pengedar dadah dan seterusnya menyampaikan satu mesej yang
jelas kepada masyarakat iaitu "crime does not pay". | KONTINJEN | K/SIASATAN DIBAWAH SEK.39B | K/SIASATAN DIBAWAH SEK 3(1) LLPK | JUMLAH K/SIASATAN (SEK 39B DAN LLPK) | JUMLAH OKT | JUMLAH SITAAN | NILAI HARTA SITAAN (RM) | | ADA SITAAN | TIADA SITAAN | ADA SITAAN | TIADA SITAAN | 39B | LLPK | 39B | LLPK | | PERLIS | 4 | 8 | 1 | 5 | 18 | 23 | 6 | 120,671.00 | 30,000.00 | 150,671.00 | | KEDAH | 16 | 81 | 3 | 77 | 177 | 124 | 82 | 410,627.93 | 258,424.17 | 669,052.10 | | P.PINANG | 44 | 97 | 16 | 69 | 226 | 242 | 87 | 2,825,324.01 | 2,331,800.99 | 5,157,125.00 | | PERAK | 16 | 99 | 8 | 86 | 209 | 171 | 96 | 701,951.82 | 383,061.00 | 1,085,012.82 | | SELANGOR | 27 | 189 | 15 | 202 | 433 | 411 | 231 | 6,185,063.23 | 2,109,241.55 | 8,294,304.78 | | K.LUMPUR | 9 | 81 | 3 | 100 | 193 | 153 | 101 | 1,350,477.62 | 236,785.14 | 1,587,262.76 | | N.SEMBILAN | 52 | 24 | 24 | 125 | 225 | 104 | 147 | 959,662.39 | 322,465.00 | 1,282,127.39 | | MELAKA | 2 | 33 | 3 | 40 | 78 | 69 | 47 | 119,430.00 | 337,571.00 | 457,001.00 | | JOHOR | 42 | 84 | 23 | 96 | 245 | 227 | 137 | 7,412,565.04 | 3,378,944.77 | 10,791,509.81 | | PAHANG | 18 | 93 | 2 | 47 | 160 | 175 | 49 | 715,560.34 | 19,500.00 | 735,060.34 | | TERENGGANU | 20 | 16 | 17 | 42 | 95 | 65 | 59 | 653,993.80 | 1,731,510.48 | 2,385,504.28 | | KELANTAN | 24 | 9 | 6 | 30 | 69 | 57 | 39 | 1,480,729.57 | 241,433.91 | 1,722,163.48 | | SABAH | 10 | 12 | 8 | 17 | 47 | 36 | 25 | 360,779.20 | 117,245.00 | 478,024.20 | | SARAWAK | 5 | 3 | 10 | 28 | 46 | 16 | 38 | 2,657,885.15 | 801,467.68 | 3,459,352.83 | | JUMLAH | 289 | 829 | 139 | 964 | 2,221 | 1873 | 1144 | 25,954,721.10 | 12,299,450.69 | 38,254,171.79 | | JUMLAH KESELURUHAN | 1118 | 1103 | 3,017 | 38,254,171.79 | | 2,221 | | RAMPASAN HARTA DI BAWAH ADB (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988 MENGIKUT PECAHAN HARTA BAGI TAHUN 2008 | | JENIS HARTA | NILAI HARTA PENYITAAN | UNIT | NILAI HARTA YANG DILUCUTHAK | UNIT | NILAI HARTA YANG DIPULANGKAN | UNIT | | TANAH | 151,760.00 | 1 | 0.00 | 0 | 0.00 | 0 | | RUMAH / BANGUNAN | 7,173,000.00 | 25 | 0.00 | 0 | 0.00 | 0 | | KERETA / VAN / LORI | 12,836,600.00 | 290 | 283,658.27 | 47 | 977,500.00 | 22 | | MOTOSIKAL | 569,600.00 | 172 | 49,391.50 | 50 | 18,500.00 | 6 | | KEND. AIR (BOT) | 22,800.00 | 4 | 0.00 | 0 | | |