Sepucuk Pistol Dan 19 Butir Peluru Dirampas
Polis telah menahan seorang lelaki berumur 38 tahun di kawasan Setia Indah, Johor Bahru dan berjaya merampas sepucuk pistol jenis Glock 26 dan 2 magazine yang berisi 19 butir peluru 9 mm.
Siasatan
lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu dibawah
Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Johor Bahru pada tahun 2008.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat
1971), jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara 14 tahun dan sebatan
tidak kurang 6 sebatan. Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 8 Akta
Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara
sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.




Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor