Polis Tahan Empat Warga Asing Cuba Edar Dadah Di Johor Bahru
Johor
Bahru, 5 Dis - Polis memberkas empat warga asing termasuk dua wanita
yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di
hadapan sebuah hotel di Jalan Kebun Teh, di sini dua hari lepas.
Ketua
Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dua suspek lelaki
warga Nigeria dan wanita Vietnam serta Indonesia terbabit ditahan pada
pukul 7.15 pagi.
"Polis
merampas sekilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM500,000
daripada suspek," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurut
Mohd Mokhtar, siasatan awal mendapati dua lelaki Nigeria berkenaan
terbabit pengedaran dadah di ibu negara dan dipercayai cuba meluaskan
pasaran di luar Lembah Klang.
Seorang
suspek lelaki dan wanita Vietnam itu mendakwa mereka pelajar kolej
swasta di Ampang, Selangor, manakala seorang lagi suspek lelaki mendakwa
bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan di Pelabuhan Klang
sementara wanita Indonesia terbabit tidak bekerja, katanya.
Kesemua
suspek yang berusia antara 22 dan 27 tahun itu tidak mempunyai rekod
jenayah di negara ini dan ditahan reman sehingga Ahad bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Menurut
Mohd Mokhtar dua daripada suspek juga disiasat mengikut Seksyen 6(3)
Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Sumber : BERNAMA