Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepetang bersama beliau, adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran serta meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang betapa pentingnya masyarakat membantu pihak polis bagi membanteras jenayah. Selain ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sepetang-bersama-ydh-timbalan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:35 MYT

Kuala Lumpur - 20 November 2010

YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara telah meluangkan masa pada petang ini, bertemu dengan Ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan serta Ketua-ketua Polis Balai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Majlis 'Sepetang Bersama Timbalan Ketua Polis Negara' ini telah berlangsung di Balai Polis Travers, yang tersergam indah di No. 1, Jalan Selangor Off Jalan Travers, Kuala Lumpur.  

Perjumpaan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara ini adalah saat yang ditunggu oleh warga IPD Brickfields, bagi mendengar amanat  dan kata-kata perangsang, yang akan memberi anjakan paradigma bagi transformasi ke arah memantapkan lagi Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Antara perkara-perkara yang disampaikan oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, beliau berharap susulan daripada perjumpaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua peringkat dalam pasukan polis. Beliau juga berharap, semua peringkat pegawai maupun anggota yang mempunyai pandangan yang membina, hendaklah menyalurkannya ke ruangan e-ideas PDRM.

Selain daripada menekankan jaringan kerjasama sepasukan, beliau juga berharap semua peringkat dalam PDRM mendengar segala pandangan dan rintihan yang disuarakan oleh masyarakat serta ke arah mewujudkan suasana selamat dan aman di kawasan pentadbiran Brickfields.

Di atas saranan YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga, Ketua Polis Daerah Brickfields telah menjemput Pengerusi-pengerusi serta wakil-wakil persatuan penduduk di daerah Brickfields untuk bersama-sama dengan YDH Timbalan Ketua Polis Negara pada petang ini.

Sepetang bersama beliau, adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran serta meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang betapa pentingnya masyarakat membantu pihak polis bagi membanteras jenayah. Selain itu, majlis ini juga menjadi landasan untuk merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat yang telah terjalin sekian lama.

Sambil minum petang, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah berjumpa dengan pengerusi serta wakil-wakil persatuan penduduk, bertentang mata untuk mendengar segala pandangan dan masalah yang di utarakan mereka.

Kesempatan ini juga, beliau menjelaskan konsep 4P Polis Diraja Malaysia kepada wakil-wakil persatuan penduduk, yang dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara pada 30 September 2010, iaitu:-
· Protective
· Performance and Outcome Oriented
· Proactive
· People Oriented

"Bagi mewujudkan suasana selamat kepada rakyat, kerjasama dan pengembelingan tenaga serta usaha dari setiap sudut dan jaringan dengan masyarakat bersama polis, perlulah penglibatan yang erat dari Ketua Polis Daerah serta Ketua Polis Balai untuk mengharungi apa juga cabaran dan halangan yang akan dilalui bersama-sama, antara polis dan masyarakat, ", antara amanat yang disampaikan oleh YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Majlis 'Sepetang Bersama Timbalan Ketua Polis Negara' di Balai Polis Travers

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Antara Pegawai-pegawai Polis dari IPD Brickfields yang hadir di majlis tersebut...

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
dari kiri...YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH SAC Dato' Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Timbalan Ketua Polis Negara berjumpa dengan Pengerusi serta wakil-wakil persatuan penduduk daerah Brickfields

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Majlis Sepetang Bersama Timbalan Ketua Polis Negara...

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra bersama wakil-wakil persatuan penduduk, hadir sama ialah ACP Kang Chez Chiang, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (tiga dari kanan)

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH SAC Dato' Ku Chin Wah juga turut turun padang, mendengar pandangan serta masalah dari persatuan penduduk

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
dari kiri...YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields dan C/Insp Edmond Wong Meng Tian, Ketua Polis Balai Travers

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menerangkan konsep 4P Polis Diraja Malaysia yang dilancarkan oleh Ketua Polis Negara pada 30 September 2010.

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Antara wakil-wakil persatuan penduduk bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Sepetang Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Sepetang Bersama Timbalan Ketua Polis Negara, berlangsung dalam suasana ceria dan muhibbah

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM