Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Para perwakilan merupakan perantara yang penting di antara pucuk pimpinan dengan seluruh peringkat pegawai dan anggota samada yang berada di Kontinjen, Bridged dan Formasi untuk menjadi penyampai mes..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-agung-bersama-ppkp-cpw-ppkp-ci-dan-pprpd-sesi-2010-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:47 MYT

KUALA LUMPUR - 22 NOVEMBER 2010.

"Bantulah saya dan pucuk pimpinan PDRM, untuk melakukan transformasi ke arah menjadikan Polis Diraja Malaysia sebuah organisasi yang berwibawa, profesional dan terbilang di dunia" ucap YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa menyampaikan ucapan Perasmian Persidangan Agung Pusat PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Penggal 2010/2011, pagi ini.

Persidangan Agung Pusat PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Penggal 2010/2011 telah berlangsung di Dewan Banquet Kuala Lumpur Internasional Hotel dari 22 November 2010 hingga 24 November 2010.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Polis Negara menggalakkan ahli-ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan. Dengan cara ini, segala pendapat,rungutan dan suara-suara rintihan daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi akan dapat disampaikan ke peringkat atasan.

"Para perwakilan merupakan perantara yang penting di antara pucuk pimpinan dengan seluruh peringkat pegawai dan anggota samada yang berada di Kontinjen, Bridged dan Formasi untuk menjadi penyampai mesej yang paling berkesan, terutama sekali dalam menyampaikan pemahaman yang lebih jelas dan berkesan kepada seluruh warga PDRM berhubung dengan Konsep 4P PDRM (Protective, Performance and Outcome Oriented, Proactive, People Oriented) yang bertujuan untuk mentransformasikan PDRM sejajar dengan dasar Kerajaan serta selari dengan kehendak masyarakat", antara intipati ucapan perasmian oleh YDH ketua Polis Negara.

YDH Tan Sri juga menekankan kepada warga PDRM agar menjauhkan diri daripada perbuatan dan tindakan-tindakan yang melanggar hak asasi manusia dan kebebasan diri masyarakat semasa melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan pucuk pimpinan PDRM tidak teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya masih berlaku sebarang perlanggaran dan penafian hak asasi manusia dan kebebasan diri.

Dengan itu YDH Ketua Polis Negara menyeru para perwakilan yang hadir agar sentiasa mempengaruhi ahli supaya mengutamakan amalan integriti dan disiplin serta melaksanakan segala arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan PDRM dari segi kawalan maupun penyeliaan.

Antara yang hadir pagi ini ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah,  YDH SAC Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan DiWartakan,  C/Insp Shahidan bin Hj. Ladin, Pengerusi PPKP/CI, S/Insp Jamal bin Abdullah, Pengerusi PPRPD dan perwakilan-perwakilan PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD.

Sebelum majlis perasmian yang disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara, YDH SAC Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Terengganu, merangkap Pengerusi PPKP/CPW telah menyampaikan ucapan yang mewakili ketiga-tiga persatuan tersebut.

Antara ucapannya, beliau telah menyentuh enam perkara yang merangkumi ketiga-tiga persatuan untuk dibentangkan dalam persidangan ini dalam usaha penambahbaikan PDRM dan hala tuju, supaya terus seiring dengan kehendak dan keperluan ahli-ahli, antaranya pembangunan sumber manusia, perkhidmatan perkeliling, penugasan Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Polis dalam mengurangkan kadar jenayah di 'Hotsport' kontinjen, pengawaman NSES-NKRA dan Plan Strategi 5 Tahun.

Di majlis persidangan ini juga, YDH Ketua Polis Negara juga mengambil kesempatan berdialog dengan perwakilan sebelum diteruskan dengan sesi bergambar.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
dari kiri...C/Insp Shahidan bin Hj. Ladin, Pengerusi PPKP/CI, YDH Ketua Polis Negara, YDH SAC Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi PPKP/CPW dan S/Insp Jamal bin Abdullah, Pengerusi PPRPD.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Perwakilan -perwakilan yang hadir di Persidangan Agung Pusat PPKP/CPW, PPKP/CI dan PPRPD Penggal 2010/2011

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat, semoga persidangan diberkati...

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
YDH SAC Dato' Mohd Shukri bin Dahlan,Pengerusi PPKP/CPW menyampaikan ucapan yang mewakili ketiga-tiga persatuan.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Perasmian persidangan oleh YDH Ketua Polis Negara

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Mendengar amanat oleh YDH Ketua Polis Negara

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011S/Insp Jamal bin Abdullah, Pengerusi PPRPD mengusulkan perkara semasa majlis dialog...

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Antara usul yang dibahaskan oleh wakil dari Perlis

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
YDH Ketua Polis Negara semasa majlis dialog bersama perwakilan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Sesi Bergambar...perwakilan dari
Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan DiWartakan

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Perwakilan dari Cawangan Inspektor...

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Dan Pprpd Sesi 2010 2011
Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM