Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seorang Suspek Samun Mati Ditembak Tiga Lagi Loloskan Diri

Published: 19 Jun 2014 1.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Anggota polis yang cuba mempertahankan diri terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek. Akibat daripada itu suspek yang terkena tembakan mati di tempat kejadian manakala anggota polis tersebut cedera..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-suspek-samun-mati-ditembak-tiga-lagi-loloskan-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:41 MYT

Shah Alam, 25 Feb – Seorang lelaki warga Indonesia, 34 tahun yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun sebuah rumah di Seksyen 13, Shah Alam ditembak mati polis manakala tiga lagi rakan suspek berjaya meloloskan diri.
 
Dalam kejadian awal pagi tadi anggota polis yang bertindak mengejar keempat-empat suspek kemudiannya telah dilibas dengan sebilah parang oleh salah seorang suspek yang berpatah balik semasa dikejar.

Anggota polis yang cuba mempertahankan diri terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek. Akibat daripada itu suspek yang terkena tembakan mati di tempat kejadian manakala anggota polis tersebut cedera di tangan.

Dalam perkembangan sama pemandu kereta peronda yang bertindak mengejar kenderaan pacuan empat roda telah berjaya menahan dua lelaki India berumur 24 dan 25 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut memiliki 13 rekod jenayah lampau.

Turut ditahan seorang pemandu teksi yang berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan. Beberapa barang berharga yang disamun telah berjaya dijumpai semula.

Sebelum itu, awal pagi tadi mangsa seorang lelaki Melayu bersama keluarganya telah disamun oleh empat lelaki dipercayai warga Indonesia di sebuah rumah di Seksyen 13, Shah Alam. Kejadian berlaku lebih kurang jam 4.00 pagi.

Pihak polis kini sedang memburu tiga lagi suspek yang berjaya meloloskan diri dalam kejadian tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Seorang Suspek Samun Mati Ditembak Tiga Lagi Loloskan Diri

Sumber: IPK Selangor

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM