Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Patahkan Cubaan Seludup Keluar 400 Tan Tanah Kaolin

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
“Hasil pemeriksaan ke atas bot, kami telah menemui sejumlah 400 beg seberat 400 tan tanah merah jenis ‘kaolin’ dianggarkan bernilai RM96,000 cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen,”..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-patahkan-cubaan-seludup-keluar-400-tan-tanah-kaolin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:48 MYT
Pelabuhan Klang, 25 Feb - Cubaan seludup keluar 400 tan tanah merah jenis 'kaolin' oleh lima lelaki warga Indonesia berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dekat sini pagi tadi.

DSP Norzaid bin Muhammad Said, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang berkata, semasa menjalankan Op Pensura di perairan laut Pelabuhan Klang, pasukannya telah menahan sebuah bot barter trade yang baru berlepas dari jeti Awal Idaman menuju ke Dumai, Indonesia .

“Hasil pemeriksaan ke atas bot, kami telah menemui sejumlah 400 beg seberat 400 tan tanah merah jenis ‘kaolin’ dianggarkan bernilai RM96,000 cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen,” ujar beliau.

"Tanah jenis ini adalah bermutu tinggi dan mahal kerana ia digunakan untuk pembuatan seramik, pasu dan digunakan dalam kerja-kerja 'plaster' bangunan," katanya lagi.

Kesemua tahanan serta rampasan telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan kes disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara iaitu pengeluaran batuan secara tidak sah.

Ppm Patahkan Cubaan Seludup Keluar 400 Tan Tanah Kaolin

Sumber: PPM Pelabuhan Klang
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM