Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seorang Suspek Kes Rogol Diberkas Seorang Masih Bebas

Diterbitkan: 18 May 2018 6.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuching, 18 Mei 2017 - Polis memberkas seorang suspek kes rogol di sebuah rumah yang tidak beralamat di Jalan Manggis pada 12.10 tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-suspek-kes-rogol-diberkas-seorang-masih-bebas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:00 MYT

Kuching, 18 Mei 2017 - Polis memberkas seorang suspek kes rogol di sebuah rumah yang tidak beralamat di Jalan Manggis pada 12.10 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek berkata, suspek yang berumur 32 tahun itu dipercayai telah merogol seorang remaja perempuan di sebuah bilik di rumah kediaman pekerja di Kenyalang Park pada Rabu lepas.

“Dalam kejadian yang berlaku pada 1.30 tengah hari, pintu bilik mangsa telah dipecah dan dimasuki oleh suspek, seorang daripada suspek mengambil dompet dan telefon bimbit mangsa manakala seorang lagi bertindak mengacukan pisau dan merogol mangsa.

“Ketika suspek mahu keluar dari tempat kejadian, suspek terserempak dengan seorang daripada kawan serumah mangsa lalu berlaku pergelutan namun dokumen peribadi suspek berjaya ditemukan,” katanya.

Ng berkata, suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut manakala seorang lagi rakan sepenjenayahnya masih lagi dalam buruanpolis.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 May 2018 6.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM