Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bukit Aman Jangan Tular Laporan Barangan Rampasan

Diterbitkan: 18 May 2018 7.41 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Polis menggesa orang ramai berhenti menyebarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh polis sendiri berhubung barangan yang dirampas dari sebuah banglo milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bukit-aman-jangan-tular-laporan-barangan-rampasan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:48 MYT

Polis menggesa orang ramai berhenti menyebarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh polis sendiri berhubung barangan yang dirampas dari sebuah banglo milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tolong jangan tularkan," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh kepada Malaysiakini dalam mesej teks.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan atau menafikan kesahihan laporan itu.

"Kami akan memberikan PC penuh (sidang akhbar) sebaik bersedia, terima kasih," katanya.

Laporan yang didakwa, bertarikh 17 Mei, menyatakan bahawa polismerampas antara lain, termasuk barangan kemas, wang tunai, termasuk mata wang asing dan beg tangan berjenama semasa operasi mereka di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Ia menyebut bahawa operasi itu, yang kononnya dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-Undang 2001 (Amla) dan melibatkan 33 anggota polis.

Meskipun Najib mahupun ahli keluarganya tidak dinamakan dalam laporan itu, alamat rumah dalam laporan berkenaan dikatakan sepadan dengan banglo kediaman bekas perdana menteri.

Malam semalam, Amar Singh berkata, 72 bag wang tunai dan barangan kemas, serta 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah, dirampas daripada dua unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences, di Kuala Lumpur. - MALAYSIAKINI

ArtikelDiterbitkan 18 May 2018 7.41 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM