Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seorang Lagi Rakyat M Sia Disyaki Ingin Sertai Is Ditahan

Published: 08 Apr 2015 10.52 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR, 8 April - Seorang lagi rakyat Malaysia yang disyaki menuju ke Syria untuk menyertai kumpulan militan IS telah ditahan, kata polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-lagi-rakyat-m-sia-disyaki-ingin-sertai-is-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:01 MYT

KUALA LUMPUR, 8 April - Seorang lagi rakyat Malaysia yang disyaki menuju ke Syria untuk menyertai kumpulan militan IS telah ditahan, kata polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di stesen kereta api Padang Besar, Perlis, Isnin lepas.

Beliau berkata lelaki itu yang berasal dari Kelantan ditahan semasa menuju ke Bangkok, Thailand selepas disyaki akan berlepas ke Syria.

Suspek itu telah berkahwin, memiliki sebuah butik dan bekerja sebagai jurukamera, katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ayob berkata dengan tangkapan terbaharu itu menjadikan 93 rakyat Malaysia ditahan sejak Februari 2013 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti militan.

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 08 Apr 2015 10.52 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM