Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Lebih 1 000 Kotak Mercun Bernilai Rm30 000

Diterbitkan: 08 Apr 2015 10.51 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR, 8 April - Polis merampas lebih 1,000 kotak mercun bernilai kira-kira RM30,000 dalam serbuan di sebuah banglo dua tingkat di Jalan Air Panas, Setapak, pada 6.30 petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-lebih-1-000-kotak-mercun-bernilai-rm30-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

 

KUALA LUMPUR, 8 April - Polis merampas lebih 1,000 kotak mercun bernilai kira-kira RM30,000 dalam serbuan di sebuah banglo dua tingkat di Jalan Air Panas, Setapak, pada 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata mercun berkenaan dijual secara rahsia kepada pelanggan di tingkat atas banglo berkenaan dengan tingkat bawahnya beroperasi sebagai kedai mainan kanak-kanak.

"Siasatan awal mendapati premis itu dipercayai tidak mempunyai lesen sah atau kelulusan pihak berkaitan untuk menjual mercun," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah pelbagai mercun dan parang yang disembunyikan di belakang kaunter, katanya.

Mohamad Roy berkata, polis turut menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai pembantu kedai bagi membantu siasatan.

"Suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2015 10.51 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM