Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Di Kuala Klawang Meninggal Dunia

Published: 10 Oct 2016 4.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Jelebu, 10 Okt 2016 - Seorang lagi mangsa kemalangan di Kuala Klawang semalam meninggal dunia, menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang, dan enam lagi cedera.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-lagi-mangsa-kemalangan-di-kuala-klawang-meninggal-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:01 MYT
Jelebu, 10 Okt 2016 - Seorang lagi mangsa kemalangan di Kuala Klawang semalam meninggal dunia, menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang, dan enam lagi cedera. 

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Othman Basri berkata Nadzirah Mohamad Syukur, 26, yang merupakan penumpang kereta Perodua Bezza, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 

Dua lagi mangsa kemalangan yang maut ialah penumpang Perodua Bezza, Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim, 10 bulan, dan Halimah Ludin, 64, yang menaiki Proton Saga FLX.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan di KM23 Jalan Seremban-Simpang Pertang pada 5.20 petang itu berlaku apabila Proton Saga FLX yang dinaiki empat orang dipandu Mohd Azrulnizam Azhari, 31, dari arah Seremban menghala ke Kuala Klawang cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun gagal.

"Kenderaan itu seterusnya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Bezza dipandu Mohamad Hakim Mohd Maddin, 28, yang dinaiki lima orang," kata Othman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- BERNAMA
ArticlePublished 10 Oct 2016 4.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM